fbpx

Ikan bakar pilihan Anwar ketika santuni rakyat di Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa orang ramai ketika hadir meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Sports Arena di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menjamu nasi putih dan ikan bakar ketika menyantuni rakyat di Foodcourt Sports Arena Cyber 6, di sini.

Anwar bersama kenamaan lain tiba kira-kira 12.45 tengah hari dan meluangkan masa lebih 15 minit di medan selera itu sambil menyantuni pengunjung.

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri sejak 24 November tahun lalu, Anwar menjadikan hari Jumaat sebagai rutinnya untuk beramah mesra dengan rakyat sebelum menunaikan solat Jumaat di seluruh negara.

Selepas selesai menjamu selera, Anwar kemudian bergerak ke Masjid Raja Haji Fisabilillah yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari Foodcourt Sports Arena untuk menunaikan solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI