fbpx

Hospital HSA, HSI bakal terima 243 petugas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) melakukan lawatan bagi meninjau pengoperasian semula wad 9A dan 10A Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kesesakan akibat jumlah pesakit ramai di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, dijangka akan berkurangan dengan penambahan petugas kesihatan di kedua-dua hospital awam itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, HSI dan HSA bakal menerima seramai 243 petugas kesihatan pada bulan ini dan bulan depan.

Selain itu katanya, dua wad yang ditutup di HSI sebelum ini juga akan dibuka kembali ekoran penambahan petugas kesihatan di hospital berkenaan.

“Sukacita dimaklumkan wad 9A dan 10A di HSI yang ditutup sejak tahun lalu telah dibuka kembali sejak kelmarin. Pembukaan semula wad itu ekoran penambahan 33 petugas minggu ini, selain itu akan ada 60 lagi penambahan petugas di hospital itu bulan depan.

“Manakala bagi HSA, seramai 150 petugas kesihatan akan ditambah dalam waktu sama. Dengan penambahan tenaga kerja ini, beban kerja petugas sedia ada akan dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kesihatan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke HSI, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, kerajaan Johor turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan terutamanya Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah meluluskan penambahan petugas kesihatan negeri ini.

“Bagi menambah baik perkhidmatan HSI, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM500,000 bagi penambahan parkir kenderaan awam, selain RM100,000 pula untuk pembelian peralatan termasuk kerusi dan meja demi keselesaan petugas kesihatan dan pesakit.

“Selain itu, Dr. Zaliha juga dijadual melawat hospital di negeri ini pada hari Ahad, dan kami akan bincangkan mengenai projek pembinaan HSA 2 yang amat diperlukan di Johor.

“Kita harapkan perkara ini dapat diselesaikan segera kerana Johor menjadi pusat kesihatan bukan sahaja pesakit negeri ini, tetapi kita juga pesakit dari Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI