fbpx

Graduan PhD murung ditemui mati dalam apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Seorang graduan ijazah doktor falsafah (PhD) bidang pentadbiran perniagaan ditemui mati di sebuah apartmen di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA. Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.06 petang semalam.

Katanya, hasil siasatan mendapati suami mangsa wanita tersebut yang merupakan warga Bangladesh berusia 34 tahun cuba menghubunginya tetapi gagal.

“Soal siasat awal dilakukan mendapati mangsa bersama rakan-rakannya menghadiri majlis makan malam sebelum kejadian.

“Semasa majlis itu juga, wanita itu dikatakan kelihatan murung dan tidak seperti kebiasaannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anbalagan berkata, rakan wanita itu juga memaklumkan dia tidak gembira untuk pulang ke kampung halamannya di Bangladesh.

“Ibu wanita itu sudah meninggal dunia dan hanya tinggal bapa dan suaminya di kampung halaman.

“Wanita itu dikatakan tidak gembira untuk pulang ke kampung berikutan ada masalah peribadi,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu katanya, polis kini masih menjalankan siasatan mengenai punca kematian dan menunggu hasil laporan bedah siasat dari Hospital Serdang.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI