fbpx

Chong Wei yakin Zii Jia rehat tidak lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mengambil keputusan ‘menggantung raket’ buat sementara susulan prestasi tidak memberangsangkan dalam kejohanan disertai sejak kebelakangan ini.

ARENA sukan negara digemparkan dengan berita perseora­ngan lelaki profesional, Lee Zii Jia menyuarakan hasratnya untuk ‘menggantung raket’ buat seketika sehingga kembali menemui keyakinan terbaik.

Bekas juara Asia itu mendedahkan hasrat tersebut selepas dia tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Indonesia menerusi kekalahan straight-set 17-21, 13-21 kepada jaguh India, Lakshya Sen kelmarin.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap Zii jia yang kini jatuh ke ranking No. 11 dunia, tidak mengambil masa lama untuk kembali ke ge­langgang kerana tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 sudah pun bermula.

“Memang sekarang saya ­tengok dia kurang keyakinan. Pandangan saya adalah dia tidak akan berehat lama kerana perlu kutip mata Olimpik. Sementara ini, saya rasa dia akan rehat (sertai) Terbuka Taiwan dan Terbuka Korea Selatan.

“Saya harap dia dapat semula keyakinannya secepat mungkin dan saya akan tolong dia apa yang termampu kerana ini tanggungjawab saya juga. Sekarang (Zii Jia) ranking No. 11 dan mungkin akan jatuh lagi minggu depan tetapi saya harap dia cepat ­bangkit,” katanya.

Keputusan Zii Jia dilihat agak tergesa-gesa, namun bekas pemain No. 1 dunia, Muhammad Roslin Hashim menganggap ia tindakan wajar dalam usahanya kembali ke prestasi terbaik.

“Kalau dilihat semula, tindakan itu memang betul, sepatutnya bukan dia (Zii Jia) seorang sahaja, pemain-pemain lain juga perlu. Saya kata begini kerana pemain-pemain Malaysia ada yang bermain secara berturut-turut sejak Piala Sudirman.

“Kita tidak mahu pemain-pemain dibelenggu kecederaan, jadi rehat sementara itu perlu untuk mengembalikan kondisi badan. Pemain-pemain tidak boleh terlalu memaksa diri sehingga boleh menyebabkan mental mereka terlalu penat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terbuka Indonesia merupakan kejohanan keempat Zii Jia sejak saingan Piala Sudirman bulan lalu selain turut menyertai Malaysia Masters dan Terbuka Singapura sebelum ini.

Justeru, Roslin menggesa Zii Jia serta pemain-pemain negara lain agar memilih kejohanan bagi mendapatkan rehat mencukupi walaupun kelayakan ke Olimpik Paris 2024 sudah bermula.

“Mata kelayakan ke Olimpik penting tetapi jangan terlalu mengejar sehingga mental penat. Pilih kejohanan supaya ada jarak masa dan saya fikir pengurusan, jurulatih serta pemain itu sendiri perlu buat keputusan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI