fbpx

Beberapa laluan Lebuh Raya CSR akan dibuka menjelang Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (tengah) sewaktu melihat perkembangan projek Lebuh Raya CSR di daerah Raub pagi tadi.

PETALING JAYA – Beberapa laluan sepanjang jajaran Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR) untuk ke Pantai Timur dijangka akan boleh digunakan menjelang cuti perayaan Aidiladha ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, antara laluan baharu yang akan dibuka melibatkan kawasan sekitar Pakej 5A dan 5B (Exit UiTM Raub).

Jelasnya, pakej tersebut melibatkan keseluruhan jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5B dan sebahagian jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5A (CH8700 – CH9600) – Krau Interchange.

“Pagi ni dalam perjalanan untuk mesyuarat Post Kabinet, saya singgah buat ‘spotcheck’ mengejut sekejap awal-awal pagi ni untuk tengok sendiri perkembangan kerja-kerja semasa bagi Pakej Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama @ CSR bagi pakej 5A dan 5B (Exit UiTM Raub).

“Nak dekat raya ni mesti ramai nak balik ke Pantai Timur, Insha-Allah jika semuanya berjalan lancar, kita akan berikan berita gembira menjelang Aidiladha tak lama lagi,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, projek KRAU Interchange sepatutnya siap pada Disember 2023.

Bagaimanapun katanya, bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna terutama dari Pantai Timur projek tersebut akan dipercepatkan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI