fbpx

Anwar jengah gerai tawar set Menu Rahmah sempena namanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Kholil menunjukkan set hidangan perdana menteri menu rahmah berharga RM4 di Medan Selera Sports Arena, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Impian jadi kenyataan buat pemilik kedai makan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjengah gerai makannya di Foodcourt Sports Arena Cyber 6, di sini tengah hari tadi.

Apa tidaknya, gerai makan itu pernah tular sebelum ini selepas tampil unik dengan Menu Rahmah dimana setiap set hidangan nasi dinamakan sempena nama Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet.

Pemilik Warong Pecal Lele, Muhammad Sulhasbi Tahir, 29, ketika ditemui berkata, Perdana Menteri sempat memuji set hidangan nasi yang ditawarkan itu.

Katanya, dia rasa bertuah dengan kehadiran Perdana Menteri hari ini kerana pemimpin itu sempat melihat sendiri hidangan Set DS Anwar Ibrahim yang ditawarkannya kepada pelanggan.

“Antara menu popular di gerai kami adalah Set DS Anwar Ibrahim yang kami jual pada setiap Isnin iaitu hidangan nasi putih bersama ayam masak kicap ala thai dan sayur kacang campur.

“Set lain yang popular termasuk Set DS Ahmad Zahid Hamidi (Selasa), Set DS Fadillah Yusof (Rabu), Set DS Mohamad Sabu (Khamis), Set DS Ahmad Maslan (Jumaat) dan Set YB Anthony Loke (Sabtu).

“Kesemua ditawarkan pada harga RM4 dan menawarkan pelbagai lauk termasuk ayam rendang tok, ayam madu BBQ, ayam masak cili padi, ayam masak merah dan ayam masak kurma,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI