TOKYO – Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun, lapor laman berita The Mainichi semalam.
Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.
Dia kemudian membuat laporan polis selepas menemui wang dalam jumlah yang besar itu.
Balai Polis Niigata mendedahkan penemuan tersebut semalam bagi mencari pemilik wang berkenaan.
Jika pemiliknya gagal tampil, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut. – Agensi