fbpx

Syamsul doa Puteri Sarah jumpa jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAH bercerai talak satu, Syamsul dan Puteri Sarah kini saling mendoakan yang terbaik untuk kehidupan masing-masing.

KUALA LUMPUR – Tiada dendam, pengarah sensasi Syamsul Yusof mendoakan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana bertemu jodoh yang lebih baik selepas ini.

Selain jodoh yang baik, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd Yusof, 39, berharap bekas isterinya itu sentiasa bahagia dengan kehidupannya.

“Sekiranya Sarah berkahwin dengan seseorang kelak, saya akan doakan dia jumpa kebahagiaannya.

“Saya juga mahu seseorang lelaki yang baik untuknya supaya dia bahagia.

“Anak-anak pun akan ada dengan ayah baru mereka. Saya akan terima perkara tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Dalam pada itu, Puteri Sarah yang juga merupakan pelakon Hijrah Jannah itu sempat berseloroh dengan meminta Syamsul membantunya selepas bergelar ibu tunggal kepada kedua-dua anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah.

“Kalau jadi ibu tunggal, awak tolong saya kan?” katanya kepada bekas suami yang juga pengarah filem Munafik itu.

Malah, bapa kepada dua anak itu memberitahu untuk membantu apa jua bantuan kepada Puteri Sarah kerana mereka masih ibu bapa kepada Syaikhul dan Sumayyah.

“Biarpun kami berpisah hari ini, jangan ingat pengakhiran untuk semuanya.

“Anak merupakan ikatan kita. Selagi boleh bantu, saya akan tolong kerana dia tetap ibu kepada anak-anak kami,” jelasnya.

Semalam, pada pukul 12:25 tengahari Syamsul melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI