fbpx

Suhu musim haji di Mekah diramal cecah 43.6 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah haji tahun ini berdepan cuaca panas sehingga 43.6 darjah Celsius. - AFP

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi mendedahkan ramalan keadaan cuaca di kota suci Mekah dan Madinah semasa musim haji akan datang, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Ia menjangkakan cuaca di Mekah agak panas dan kering pada waktu siang dan sederhana ketika malam. Purata suhu maksimum ialah 43.6 darjah Celsius manakala suhu minimum adalah 29.6 darjah Celsius.

Tambah NCM, kelajuan angin purata adalah antara 4 hingga 10 kilometer sejam dalam arah utara-barat laut yang menyebabkan ribut debu dan membawa kepada penurunan kualiti penglihatan mendatar.

Selain itu, cuaca di Madinah diramal agak panas dan kering pada waktu siang serta sederhana  waktu malam. Purata suhu maksimum di kota itu semasa musim haji ialah 43 darjah Celsius manakala suhu minimum adalah 29.3 darjah Celsius. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI