fbpx

Skuad B-17 yakin benam Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-17 perlu mencatat kemenangan menentang Yemen pada aksi pertama untuk meningkatkan motivasi pada aksi Piala Asia kali ini. – FB FAM

DUA aksi persahabatan menentang Uzbekistan dan Arab Saudi sebelum ini memberi gambaran jelas skuad Bawah17 Tahun (B-17) negara miliki kualiti untuk pastikan tiga mata pada aksi pertama Kumpulan A Piala Asia B-17 bertemu Yemen di Stadium Thammasat, petang ini.

Pengendali negara, Osmera Omaro berkata, segalanya berjalan baik dan persiapan pasukan di Thailand juga juga dapat dilakukan dengan sempurna.

“Ini adalah Piala Asia, pemain begitu bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan sai­ngan. Dalam apa juga pertandi­ngan, perlawanan pertama adalah cukup penting.

“Fasiliti latihan di sini sangat bagus dan saya harap dengan apa yang dibuat sebelum ini memadai untuk dibawa ke pertan­dingan ini. Sudah pasti kami akan cuba sehabis baik pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Keputusan positif ke atas Yemen begitu penting buat skuad muda negara sebelum berdepan tugasan sukar bertemu tuan rumah, Thailand di Stadium Pathum Thani, Ahad ini diikuti pertemuan dengan Laos, 21 Jun ini.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan misi Osmera kini adalah untuk memimpin pasukan berada di kelompok empat terbaik bagi melayakkan diri ke Pia­la Dunia B-17, November depan.

“(Untuk mara ke separuh akhir) 50-50 dan perkara utama adalah pemain kena berada pada prestasi terbaik. Apabila berada pada tahap terbaik, kita ada peluang.

“Berdasarkan aksi dengan Uzbekistan dan Arab Saudi sebelum ini, kita sudah tunjukkan yang pasukan ini ada kemam­puan. Jika tiada kesilapan yang berlaku, peluang kita masih lagi realistik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI