fbpx

Skuad B-17 bermula dengan langkah kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-17 negara memulakan kempen Piala Asia B-17 dengan nota kekalahan 4-0 kepada Yemen, sebentar tadi. - FAM

 

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara dapatkan permulaan sempurna pada aksi Kumpulan A Piala Asia B-17 tidak kesampaian selepas tunduk 4-0 kepada Yemen di Stadium Thammasat, sebentar tadi.

Sepanjang 90 minit permainan, ia menunjukkan masih banyak kerja rumah perlu dilakukan oleh pengendali negara, Osmera Omaro khususnya untuk memastikan anak buahnya mampu tampil lebih yakin dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah seperti yang berlaku pada perlawanan ini.

Tempoh lima minit pertama menghadirkan detik mendebarkan apabila pemain negara melakukan dua kesilapan besar namun bernasib baik kerana ia gagal disudahkan dengan sempurna oleh Yemen.

Sebaik aksi memasuki minit ke-21, Abdulrahman Al-Khadher Abdulnabi memastikan gol pembukaan buat Yemen dan 10 minit selepas itu, Adel Abbas Qasem meledak gol kedua buat pasukannya.

Walaupun cuba bertindak balas, pemain negara sering dipalit kesilapan sendiri khususnya dalam aspek hantaran sekaligus memastikan 45 minit pertama berakhir 2-0.

Dua minit selepas aksi bersambung, skuad negara makin tertekan apabila pengadil perlawanan, Payam Heidari menghadiahkan sepakan penalti buat Yemen dan kesempatan itu disempurnakan oleh Anwar Hussein Al-Turaiqi.

Minit ke-71, Malaysia berdepan satu lagi detik cemas apabila Muhamad Faris Danish dilihat alami kecederaan serius selepas berlanggar dengan Aiham Abdurabu Daghaif namun pemain Akademi Mokhtar Dahari itu disahkan masih lagi cergas untuk kembali meneruskan permainan.

Detik malang skuad negara berterusan pada minit ke-88 selepas Adib Ibrahim Adnan tertampan bola ke gawang sendiri ketika usahanya menyekat hantaran lintang Ali Nabil Al-Hanbasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI