fbpx

Sistem pembayaran tol terbuka di 12 lebuh raya mulai September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sistem pembayaran tol secara terbuka (open payment system) melibatkan 12 lebuh raya dijangka akan bermula September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sistem itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam peralihan ke arah perlaksanaan sistem kutipan tol secara ‘Multi-Lane Fast Flow’ (MLFF) yang yang akan dilaksanakan secara berperingkat menjelang akhir 2024.

“Perbincangan dengan pemilik konsesi lebuh raya telah bermula. Kebanyakannya juga bersetuju untuk mengimplementasikan sistem ini di plaza tol.

“Melalui sistem ini, pengguna tidak lagi bergantung pada Touch ‘n Go kerana kaedah pembayaran akan dipelbagaikan. Oleh sebab itu, orang ramai boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk pembayaran.

“Kami berharap, dengan adanya sistem pembayaran tol secara pembayaran terbuka ini, laluan trafik lebih lancar terutamanya pada kawasan kutipan tol,” katanya ketika ditemui di di Majlis Perasmian Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Suke, di sini hari ini.

Menurutnya, persetujuan ini melibatkan 12 lebuh raya iaitu Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE).

Turut mengambil bahagian ialah Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP), Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuh Raya Duta – Ulu Klang (Duke). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI