PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid memaklumkan isterinya, Syifa Melvin kini sedang berbadan dunia dan usia kandungan telah memasuki enam bulan.
Safawi mengesahkan berita gembira itu sejurus usai perlawanan antara Malaysia dengan Kepulauan Solomon, semalam.
Pada masa sama, bekas pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menganggap gol yang berjaya dijaringkan dalam perlawanan tersebut sebagai hadiah kepada isterinya.
“Iya betul dia sedang mengandung. Gol tadi (semalam) hadiah untuk isteri saya.
“Doakan semoga semuanya selamat. Usia kandungan sudah enam bulan,” katanya.
Sementara itu, Safawi juga memohon orang ramai agar mendoakan untuk mereka berdua serta permata sulung yang bakal dilahirkan.
Terdahulu, orang ramai seakan-akan sudah tahu adik kepada pelakon, Syatilla Melvin itu berkemungkinan mengandung kerana nampak perubahan fizikalnya.
Sebaliknya, Syifa Melvin tidak mengiyakan atau menafikan tanggapan itu tetapi memohon doa sahaja. – KOSMO! ONLINE