fbpx

PRN : Sanusi menghadap Sultan Kedah dapatkan perkenan bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil MKK pada majlis penyerahan khemah, meja dan kerusi kepada MKK di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 25 Jun ini bagi mendapatkan perkenan berhubung cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut beliau, pengumuman pembubaran DUN yang dijangka pada 28 Jun itu akan dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Sallehuddin.

“Saya kena dapat perkenan Tuanku Sultan dahulu, jadi pada 25 Jun saya cadang  persembahkan kepada Tuanku Sultan cadangan daripada kerajaan negeri sempena hari wukuf yang bermaksud berhenti.

“Setelah, cadangan itu (28 Jun) Tuanku perkenan, baru saya umum secara rasmi,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Khemah, Meja dan Kerusi Kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menyentuh tentang hari pengundian, kat Muhammad Sanusi, pihaknya menyerahkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pembubaran terpulang kepada negeri masing-masing. Serentak tak serentak (hari pengundian) itu terserah kepada SPR, itu SPR punya kerja. Tempoh matang DUN setiap negeri tak sama, Pulau Pinang 1 Ogos, Kelantan 26 Jun dan Kedah pula 4 Julai.

“Apa yang penting hari pengundian serentak dalam tempoh 60 hari penamaan calon pengundian calon,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI