KLANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.
Beliau yang menaiki kenderaan rasmi tiba di pekarangan istana itu, kira-kira pukul 5 petang tadi.
Tinjauan Kosmo! mendapati Amirudin lengkap berbaju Melayu sebelum memasuki ruang istana dengan diiringi beberapa pegawai lain.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Amirudin dijangka menghadap Sultan Selangor bagi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)vbagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum baginda menunaikan haji.
Difahamkan, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin akan berangkat menunaikan rukun Islam kelima itu pada minggu depan. -KOSMO! ONLINE