fbpx

Polis berkas suspek kes samun di Kompleks Menara Condong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Adnan (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai barang yang dirampas hasil tangkapan ke atas suspek di sebuah kondominium di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

TELUK INTAN – Suspek kes samun bersenjata di Kompleks Menara Condong Teluk Intan di sini April lalu, berjaya diberkas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki tempatan berusia 21 tahun itu diberkas di sebuah kondominium di Jalan Perda Barat pada pukul 12.05 tengah hari.

Katanya, tangkapan ke atas suspek membawa kepada rampasan 23 unit iPhone, satu unit iPad, dua pen tablet jenama Samsung, wang tunai RM853, sebuah kereta dan kunci Proton Wira, beg pakaian dan sekeping kad Touch n’ Go.

“Siasatan mendapati, suspek yang masih bujang itu sedang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pulau Pinang. Suspek mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah manakala hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya adalah negatif,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI