fbpx

Penyahsenaraian Boustead beri sinar baharu kepada Kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boustead akan terus fokus memberi tumpuan untuk mengukuhkan lagi perniagaan terasnya.-Gambar hiasan

PETALING JAYA – Langkah penyahsenaraian Kumpulan Boustead Holdings Berhad (Boustead) bakal memberi sinar baharu kepada Kumpulan, demikian menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman.

Menurut beliau, langkah untuk ‘reset’ Boustead akan dilaksanakan dengan sempurna seiring dengan objektif dan tanggungjawab serta mampan bagi memperoleh nilai untuk masa depan.

“Di bawah struktur pegangan saham yang baharu ini, Kumpulan akan membawa strategi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang  untuk memperkasakan usaha transformasi Kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat agung tahunan kali ke-61 Kumpulan yang diadakan secara online.

Pada 12 Jun lalu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan Boustead telah dimuktamadkan dan selepas itu Kumpulan akan mengambil langkah seterusnya untuk menghantar permohonan kepada Bursa Securities untuk dinyahsenarai daripada status penyenaraian.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boustead, Izaddeen Daud menerangkan, diluar penyenaraian tersebut, pihaknya berkeyakinan terhadap perniagaan teras yang dikembangkan.

“Kami akan terus memberi tumpuan terhadap program penambahbaikan prestasi dan melaksanakan strategi pengurusan kos untuk meningkatkan daya saing operasi serta untung margin,

“Kami juga akan turut aktif meneroka lebih banyak aktiviti kearah memperoleh pendapatan dan memperkemaskan aset bukan strategik untuk menjana hasil jangka panjang,” jelasnya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, Kumpulan mencatat hasil sebanyak RM15.1 bilion, naik 34 peratus daripada tempoh yang sama sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai dan zakat adalah sebanyak RM420 juta naik manakala keuntungan selepas cukai dan zakat (PAT) berjumlah RM104 juta. -KOSMO!ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI