fbpx

Pemandu kren maut rempuh lori buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu kren maut apabila apabila motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori dipandu warga emas yang membuat pusingan U di Kilometer 59.5 Jalan Klang – Teluk Intan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi, mangsa berusia 35 tahun maut di lokasi kejadian. Insiden kemalangan tersebut tular menerusi sebuah video berdurasi 41 saat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan dari Kuala Selangor menuju ke Sekinchan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati sebuah lori dari bahu jalan telah membelok ke kanan dan membuat pusingan U untuk ke Kuala Selangor.

“Susulan jarak yang sangat dekat membuatkan mangsa tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar bahagian belakang kanan lori tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang parah maut di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI