fbpx

Nur Alyssa jaguh trek dalam pembikinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Alyssa Mohd. Farid meraih pingat perak dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional Nilai.

NILAI – Biarpun menjalani latihan dalam tempoh sebulan, pelumba negara, Nur Alyssa Mohd. Farid membuktikan dia bintang dalam pembikian negara selepas meraih pingat perak dalam acara final keirin wanita remaja pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional Nilai, hari ini.

Pelumba yang berusia 17 tahun dari Muar, Johor tersebut mempamerkan kayuhan cemerlang pada aksi final keirin wanita ketika memberi tentangan hebat dua pelumba Korea di hadapannya.

Bagaimanapun, ketika menuju ke garisan penamat Nur Alyssa terpaksa akur tempat kedua selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 12.028 saat (s) dan pelumba Korea, Yunseo Na menjuarai perlumbaan tersebut dengan catatan 11.998s. Tempat ketiga menjadi milik rakan senegaranya, Doye Kim.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan pada hari ini kerana kita tahu pencabar yang sertai ACC sangat hebat. Tetapi saya tetap cuba untuk lakukan terbaik untuk dapat pingat di sini tetapi dua pencabar dari Korea Selatan benar-benar hebat.

Nur Alyssa Mohd. Farid ketika bersaing bersama dua pelumba Korea dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional Nilai. (Foto: AMIR KHALID)

“Apapun, pingat perak yang capai dalam acara keirin ini adalah yang terhebat dalam karier saya kerana ini adaah penampilan pertama saya di pentas ACC dan juga kejohanan antarabangsa.

“Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan prestasi saya kerana saya baru menyertai latihan secara penuh dalam tempoh sebulan. Saya harap mampu mengekalkan aksi terbaik sekali lagi esok.

“Selepas ini saya ada lagi dua acara dan saya cuba untuk dapat medal dalam acara 500m ujian masa dan juga podium dalam acara pecut. Pecut adalah acara kegemaran saya, jadi saya mahu lakukan terbaik,” katanya.

Satu lagi pingat yang disumbangkan pelumba remaja, Intan Suraya Tokiman ialah melalui perlumbaan scratch wanita di mana dia berjaya merangkul gangsa. Bagi saingan perlumbaan penyingkiran, Mohd. Harrif Saleh hanya berpuas hati di tempat kelapan dalam satu-satunya acara yang disertai jaguh lebuh raya itu.

Emas dalam acara berkenaan diraih Eiya Hashimoto dari Jepun, manakala pingat perak menjadi milik pelumba Kazakhstan, Ramis Dinmukhametov dan wakil Taiwan, Leung Chun Wing meraih gangsa.

 

(Dari kiri) Nur Suraiya Muhammad Zamri-Farina Shawati Mohd. Adnan berjaya membolot emas dalam acara satu kilometer ujian masa wanita selepas mengetepikan rakan senegara, Nurul Suhada Zainal-Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais. (Foto: AMIR KHALID)

Bagi saingan para, gandingan Nur Suraiya Muhammad Zamri-Farina Shawati Mohd. Adnan berjaya membolot emas dalam acara satu kilometer ujian masa wanita selepas mencatat masa satu minit 11.47s , selepas mengetepikan rakan senegara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nurul Suhada Zainal (1:11.552s).

Gangsa milik wakil Indonesia, Sri Sugiyanti-Ni’mal Maghfiroh selepas mencatat masa 1:12.974s. -KOSMO! Online

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI