fbpx

Nation League: Peluang tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Sepanyol bukan sahaja turun dengan misi untuk menempah slot final, namun mahu menebus kekecewaan aksi longlai di Piala Dunia lalu. – FB SEFUTBOL

ENSCHEDE, Belanda – Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente berdepan misi penting bagi membuktikan kemampuan menjelang aksi separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah menentang Itali di Stadium Grolsch Veste awal pagi esok.

Pelantikan De La Fuente sebelum ini dianggap sangat mengejutkan selain menerima kritikan hebat, terutamanya selepas skuad La Roja tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2022 Qatar di pusingan kedua.

Meskipun pelantikan De La Fuente tidak dipersetujui penyokong dan media, namun pemain bek kanan, Jesus Navas tetap mempertahankan jurulatihnya itu dengan menyifatkan beliau seorang yang sentiasa be­kerja keras.

“Jurulatih bekerja dengan baik dan sentiasa menunjukkan semangat serta keyakinan kepada semua pemain. Saya fikir itu adalah perkara paling penting yang amat diperlukan oleh kami sebagai pemain.

“Saya dapat lihat kerjasama serta kerja keras yang ditunjukkan semua pemain dalam latihan. Ia membuatkan saya sangat teruja dan beliau (De La Fuente) sentiasa membantu pemain-pemain,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol Sepanyol, Unai Simon juga senada dengan Navas apabila dia menganggap De La Fuente tidak mudah melatah meskipun berdepan tekanan tinggi daripada penyokong sendiri.

“Beliau seorang jurulatih yang baik dan sangat pakar ketika memberikan motivasi. Beliau tidak mudah panik ketika berdepan banyak masalah, jadi beliau mendapat sepenuh soko­ngan daripada saya,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI