fbpx

Nation League: Itali tiada pilihan kecuali julang gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI menganggap saingan Liga Negara-Negara Eropah kali ini sangat penting dan perlu memenanginya untuk mengurangkan kekecewaan gagal layak ke Piala Dunia Qatar lalu. – FB ITALIA FIGC

ENSCHEDE, Belanda – Pemain pertahanan Itali, Francesco Acerbi berharap rakan sepasukan sedia untuk memberikan segala-galanya menjelang aksi separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah menentang Sepanyol di Stadium Grolsch Veste awal pagi esok.

Skuad Azzurri pastinya mendapat suntikan semangat apabila lima pemain Inter Milan yang ber­aksi pada final Liga Juara-Juara Ahad lalu seperti Acerbi, Nicolo Barella, Alessandro Bastoni, Fe­derico Dimarco dan Matteo Darmian sudah menyertai pasukan.

Acerbi berkata, pemain-pemain Itali perlu mara ke perlawanan akhir kejohanan ini bagi mengubat kekecewaan mereka yang gagal me­langkah ke pu­singan akhir saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November lalu.

“Perlawanan Khamis ini (awal pagi Jumaat) akan menjadi fokus utama semua pemain. Kami sentiasa menghormati Sepanyol, tetapi Itali tidak pernah takutkan sesiapa, kami tahu setiap kekuatan dan kelemahan mereka.

“Gagal melangkah ke pusi­ngan akhir Piala Dunia adalah berpunca daripada kami sendiri. Juste­ru, dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah, kami akan berikan segala-galanya bagi memastikan Itali muncul juara,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Itali, Roberto Mancini sedia untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain muda seperti Giacomo Raspadori dan Wilfried Gnonto beraksi ketika bertemu Sepanyol nanti.

“Saya tidak ada sebarang halangan untuk menurunkan pemain-pemain muda pada perlawanan berprofil tinggi seperti ini. Memberi peluang kepada pemain-pemain muda dalam perlawanan besar boleh membantu mereka berkembang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI