fbpx

Nasi lemak 2 beradik laku 250 bungkus sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Lukman Hakim (kanan) dan abangnya, Muhammad Hilmi yang lumpuh separuh badan berniaga nasi lemak RM1 di hadapan stesen minyak di Pasir Pekan, Tumpat.

TUMPAT – Dua beradik masih mampu menjual nasi lemak di Pasir Pekan di sini pada harga RM1 meskipun berdepan dengan peningkatan mendadak harga bahan mentah ketika ini.

Muhammad Lukman Hakim Sheh Ahmad, 27, berkata, dia dan abangnya Muhammad Hilmi, 32, yang lumpuh separuh badan mampu menjual sehingga 250 bungkus nasi sehari.

Menurutnya, dua beradik itu bercadang untuk menjual nasi lemak RM1 selepas salah seorang daripada abang mereka menjalankan perniagaan tersebut selepas berhenti kerja.

“Meskipun dijual pada harga murah, kami masih memperoleh untung. Nasi lemak yang kami jual ini mengandungi sambal bilis, sepotong telur dan timun.

“Kami sebenarnya mahu jadikan jualan nasi lemak murah ini sebagai bentuk perkongsian rezeki kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Muhammad Lukman memberitahu, nasi lemak yang dijual oleh mereka menggunakan resepi milik ibunya Rahimah Awang, 60.

Katanya, ibu akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk memasak nasi lemak sambil dibantu Muhammad Hilmi.

“Saya mula membuka gerainya sekitar pukul 8 pagi selepas pulang dari kerja pada sebelah malam di sebuah restoran makanan segera,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Nawiah Mustaffa, 65, berkata, dia kerap singgah membeli nasi lemak yang dijual oleh dua beradik itu.

“Harga nasi lemak yang dijual dua beradik ini cukup murah. Mudah-mudahan mereka dimurahkan rezeki kerana gigih berniaga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI