fbpx

Mayat wanita tanpa kepala, tangan ditemukan di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita tanpa kepala dan tangan dibawa naik ke darat oleh sepasukan anggota bomba di Sungai Kampung Sapat, Papar, hari ini.

PAPAR – Penduduk gempar apabila menemui mayat seorang wanita tanpa kepala dan kedua belah tangan di kawasan Kampung Sapat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan tersangkut pada ranting pokok kayu di tepi sungai berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut Kamaruddin, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam menerusi panggilan telefon berhubung kejadian terbabit.

“Pasukan bomba kemudian dihubungi bagi mendapatkan bantuan untuk membawa naik mayat berkenaan ke darat.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu adalah seorang wanita yang dalam keadaan tidak berbaju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat juga didapati dalam keadaan yang tidak sempurna iaitu bahagian kepala dan kedua belah tangan telah tiada.

Tambah Kamaruddin, hanya kaki kanan sahaja yang tinggal iaitu bahagian paha ke paras lutut.

“Setakat ini punca kematian wanita itu belum dikenal pasti dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat itu dijangka berusia antara 30 ke 40 tahun dan disyaki telah meninggal dunia kira-kira satu minggu lalu.

Sehubungan itu, Kamaruddin meminta orang ramai diminta tampil ke Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Papar jika ada ahli keluarga, jiran atau rakan yang hilang atau tidak balik ke rumah untuk tujuan pengecaman mayat berkenaan.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Papar untuk tindakan lanjut dan sekiranya ada maklumat berkaitan waris mayat ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Mustifin Wahid di talian 0142030071,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI