fbpx

Mahkamah: Amir Shafiq, teman wanita didakwa dera kanak-kanak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Shafiq ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikenali sebagai Amir Shafiq yang sebelum ini diburu polis kerana mendera anak teman wanitanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun tertuduh Amir Shafiq atau nama sebenarnya Amir Shafiq Shuaimy, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penderaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan dan penyangkut baju sehingga mendatangkan kecederaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Desa Rejang, Setapak di sini antara 4 hingga 7 Jun lalu.

Kecederaan yang dialami mangsa dalam kejadian di Setapak, baru-baru ini.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman menawarkan jaminan RM30,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan dilarang menganggu saksi-saksi pendakwaan serta mangsa.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan dia yang sudah berkahwin menanggung empat orang anak selain isterinya sedang mengandung anak kelima.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Izralizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan dengan dua penjamin serta menetapkan syarat-syarat seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Tarikh 11 Julai ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret teman wanita Amir Shafiq yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun turut didakwa dan mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan penderaan dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan sehingga cedera pada tempat dan tarikh sama.

Majistret Nur Farahain Roslan kemudian membenarkan tertuduh yang merupakan pesalah bawah umur itu diikat jamin RM3,500 dan menetapkan tarikh sama bagi fakta kes dan jatuh hukum.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan seorang lelaki yang juga pempromosi acara yang melarikan diri selepas dipercayai mendera anak teman wanitanya di Setapak telah dicekup pihak polis dan direman untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI