fbpx

Lelaki palsukan kematian kerana merajuk dengan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI keluarga memeluk Baerten selepas dia tiba dengan menaiki helikopter. - TikTok/el.tiktokeur2

BRUSSELS, Belgium – Seorang lelaki di Belgium memalsukan kematiannya sebelum hadir ke majlis ‘pengebumiannya’ sendiri dengan menaiki helikopter bagi memberi pengajaran kepada keluarganya agar kekal berhubung, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pesohor TikTok, David Baerten, 45, mendedahkan rancangan itu secara terperinci kepada isteri serta anak-anaknya sebelum mereka membantunya menyebarkan berita palsu mengenai kematian itu di media sosial.

“Rehatlah Ayah. Saya tidak akan berhenti mengingati anda.

“Kenapa hidup sangat tidak adil? Kenapa anda? Anda akan menjadi seorang datuk dan masih banyak perkara untuk dilakukan. Saya sayang anda, kami sayang anda! Kami tidak akan melupakan anda,” tulis salah seorang anak perempuan Baerten di laman media sosial

Mereka kemudian mengadakan satu acara pengebumian hujung minggu lalu berhampiran bandar Liege dan ketika orang ramai berkumpul, Baerten melakukan adegan bersama kru filem dengan menaiki helikopter.

Ramai bergegas untuk menyambut dan memeluk Baerten ketika dia keluar dari helikopter tersebut sebelum lelaki itu menjelaskan perkara sebenar kepada mereka yang hadir.

Menurut Baerten seperti dilaporkan laman berita The Times, dia merancang kematian palsu itu untuk melihat reaksi keluarganya selepas mereka sudah lama tidak berhubung dengannya.

“Keluarga saya sering menyakitkan hati saya. Mereka tidak pernah menjemput saya untuk apa-apa majlis. Kami semua semakin terpisah. Saya rasa tidak dihargai.

“Itu sebabnya saya ingin memberi mereka pengajaran dan menunjukkan bahawa anda tidak perlu menunggu seseorang mati untuk bertemu dengan mereka,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI