fbpx

Lebuh Raya Suke Fasa 2 sepanjang 7.8 kilometer dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suke mempunyai 90 peratus jajarannya secara ‘elevated’ atau bertingkat dan selebihnya di atas tanah.

KUALA LUMPUR – Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) Fasa 2 dibuka secara rasmi kepada pengguna mulai 12 tengah malam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pembukaan fasa 2 lebuh raya itu bakal menawarkan kesalinghubungan lebih baik dan penyuraian trafik yang berkesan.

Katanya, ia melibatkan jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer dari Sri Petaling sehingga Cheras-Kajang.

“Antara skop pembinaan lebuhraya ini melibatkan dua persimpangan baharu iaitu Persimpangan Sri Petaling dan Persimpangan Sungai Besi serta pembinaan satu plaza tol bertingkat iaitu di Plaza Tol Alam Damai.

“Pembukaan Suke juga dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit sahaja berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Suke, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), Datuk Ikmal Hijaz Hashim berkata, laluan tersebut menghubungkan pengguna ke lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Kl-Seremban.

“Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Suke menepati objektif pembinaannya untuk menjadi laluan alternatif bagi pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi menampung kapasiti trafik kira-kira 100,000 kenderaan sehari,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Fasa 3 lebuhraya Suke yang melibatkan Persimpangan Bertingkat Alam Damai dijangka bakal siap dalam suku ketiga tahun ini.

Mulai esok, pengguna dapat menikmati tol percuma selama dua minggu untuk mereka yang melalui Plaza Tol Alam Damai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI