fbpx

KPDN anjur Jualan Rahmah seluruh negara sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH (tengah) menyampaikan hadiah kepada siswa UTM apabila muncul juara Cabaran Intelektual Pengguna Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) sempena Perasmian Penutup Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2023 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Bersempena perayaan Raya Aidiladha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan program Jualan Rahmah di kesemua 640 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, program Jualan Rahmah itu akan diadakan bermula esok sehingga 28 Jun ini menawarkan pelbagai barangan keperluan seperti ayam, daging, beras, ketupat dan sebagainya pada harga lebih rendah.

Katanya, KPDN setiap negeri akan bekerjasama dengan setiap kawasan Parlimen bagi merealisasikan program tersebut di setiap DUN dengan kerjasama rakan strategik.

“Pada perayaan Aidiladha ini, kementerian tidak mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), oleh sebab itu kita adakan jualan rahmah yang menawarkan 16 barangan mengikut keperluan.

“Menerusi program tersebut, harga barangan jualan ditawarkan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus bagi semua barangan yang ditawarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2023 di Savanna Hills Resort, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah memberitahu, pihaknya mengalu-alukan pembabitan lebih ramai rakan strategik untuk mengadakan lebih daripada satu lokasi Jualan Rahmah di setiap DUN.

“Selain pemberian potongan harga, KPDN turut memperuntukan subsidi bagi barangan terpilih. Jika harga ayam dijual pada harga RM10, kementerian akan memberikan subsidi sebanyak RM5,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI