fbpx

Kertas lukisan Projek Kembara Dua Juta Kalimah Allah dijual pada umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Effendi (tiga dari kiri) menerima sijil MBOR dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Inisiatif sebuah syarikat bumiputera, XFox Market Berhad yang menaja projek Kembara Dua Juta Kalimah Allah yang dilaksanakan oleh Madrasah An-Nuur (MAN) telah berjaya menaikkan imej pusat tahfiz itu di seluruh negara.

Ini kerana projek Kembara Dua Juta Kalimah Allah itu telah melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) hasil daripada usaha pelajar yang me­libatkan seramai 77 pelajar lelaki dan juga 56 pelajar perempuan bersama guru menulis dua juta kalimah Allah di atas kertas lukisan berukuran 177 meter dan 0.58 meter lebar.

Pengasas dan pengetua MAN, Noor Effendi Hamid berkata, secara puratanya, setiap pelajar dan tenaga pengajar menulis 15,000 kalimah Allah.

Menurut beliau, setiap helai kertas lukisan itu pula mempunyai sekurang-kurangnya 9,500 kalimah yang sama.

“Ketika tulisan kalimah itu dibuat, pelajar serta guru dalam keadaan berwuduk sambil mereka mendengar alunan zikir selain pewarna tulis dicampur dengan air zam zam,” katanya pada majlis penyampaian sijil MBOR di sini baru-baru ini.

Pada tahun 2015, MAN telah mencipta rekod pertama di Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu apabila sebanyak 1.3 juta tulisan kalimah Allah dihasilkan.

Tambah Noor Effendi, kertas tulisan itu telah dijual kepada kumpulan pelanggan yang berminat hasil jualan  tersebut akan digunakan untuk pembangunan madrasah sebagai satu cara pihaknya menjana pendapatan tanpa meminta derma.

“Sebanyak 15 keping terjual pada hari penganugerahan sijil oleh MBOR yang mana pembeli terdiri daripada orang perseorangan, bapa pelajar dan syarikat korporat.

Setiap helai kertas lukisan lengkap dengan nombor siri MBOR akan dijual pada harga bermula RM2,000. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI