fbpx

Izzah tekad padam rekod Fatehah di ACC 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZAH berhasrat untuk memadamkan rekod milik Fatehah dalam acara 500m pada ACC kali ini.

PELUMBA wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri mempunyai misi besar dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 apabila bertekad untuk memecahkahkan rekod berusia enam tahun yang dipegang ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa dalam acara 500 meter (m) ujian masa. 

Nurul Izzah yang memenangi acara berkenaan pada edisi tahun lalu di New Delhi, India berkata, dia kini sedang bersiap sedia untuk mengharungi perlumbaan bagi memastikan misinya melakar rekod baharu kebangsaan tercapai.

Katanya, dia mahu mengukir sejarah dalam acara 500m kerana kemungkinan acara itu tidak akan dipertandingkan lagi.

“Alhamdulilah ketika ini saya berjaya pecah rekod Malaysia selepas melakukan 10.903s dalam acara pecut pada sesi kelayakan. Jadi, saya mahu lakukan sebaik yang boleh dalam acara seterusnya iaitu keirin dan 500m nanti.

“Dalam acara 500m saya sasar untuk pecah rekod Malaysia selepas pentas temasya Sukan Olimpik nanti acara tersebut mungkin digugurkan. Jadi, saya mahu pegang rekod 500m ini dan mengatasi rekod Fatehah sebelum ini iaitu 34.542s,” katanya.

Dalam pada itu, pelumba berusia 20 tahun itu turut mengakui dia akan memberi tumpuan pada acara keirin yang akan berlangsung pada Ahad ini kerana meletakkan sasaran untuk meraih pingat.

“Kalau boleh saya mahu meraih pingat dalam acara keirin tetapi saya perlu berusaha keras kerana banyak persaingan terutama dari Jepun dan China. Jadi, saya mahu buat terbaik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI