fbpx

Hujan lebat di Kedah, Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda beberapa daerah di negeri Kedah dan Sarawak sehingga 5 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melalui hantaran Facebook berkata, cuaca buruk diramal berlaku di Langkawi, Kedah serta Song, Kapit dan Bukit Mabong di Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelas MetMalaysia dalam hantaran sama.

Selain itu, kebanyakan kawasan di sekitar semenanjung Malaysia hari ini berada dalam keadaan cerah dan tiada hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI