fbpx

F1: Piastri masih yakin kemampuan McLaren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIASTRI mengakui McLaren berdepan kesukaran musim ini, namun yakin dengan beberapa perubahan yang telah dilakukan untuk musim depan. – AFP

LONDON – Penstrukturan semula pasukan McLaren dalam Formula Satu (F1) meletakkan keyakinan penuh kepada Oscar Piastri bahawa pasukan itu mampu kembali sebagai pasukan pencabar.

Kali terakhir McLaren me­lakar kemenangan kategori pengeluar 25 tahun lalu dan kemenangan Lewis Hamilton sebagai juara dunia pada 2008 adalah gelaran terakhir mereka.

Perancangan musim depan menyaksikan McLaren membawa masuk bekas jurutera Red Bull, Rob Marshall sebagai Pe­ngarah Teknikal, Kejuruteraan & Reka Bentuk baharu mereka.

“Sudah tentu permulaan tahun ini sukar. Kami telah melakukan banyak perubahan bukan saja dari segi jentera, tetapi juga dari segi kakitangan pasukan.

“Banyak perkara telah diubah suai dan kami berharap akan mendapat manfaat daripadanya tidak lama lagi.

“Sebagai contoh, simulator baharu kini dalam fasa terakhir sebelum kami boleh menggunakannya dan teknologi terowong angin baharu juga hampir siap.

“Sudah tentu, itu sudah menjadi dua perkara yang sangat besar untuk pasukan dengan segera. Tambahan pula, kami mempunyai penstrukturan semula berskala besar dalam pasukan dan saya fikir ia adalah suatu yang positif,” kata Piastri.

Dalam pada itu, Piastri juga yakin kehadiran Marshall bakal melonjakkan semangat pasukan mereka.

“Dengan kehadiran Rob Marshall dari Red Bull, kami telah membawa kekuatan yang sa­ngat baik kepada pasukan.

“Saya mempunyai perasaan yang sangat baik tentang apa yang berubah dalam pasukan kami sekarang. Terdapat begitu banyak perkara menarik berlaku dalam McLaren, kami ha­nya memerlukan sedikit masa lagi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI