fbpx

DBKL selenggara 68 pusat penjaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melawat Pusat Penjaja Madani di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan penyelenggaraan di seluruh 68 pusat penjaja milik DBKL di sekitar ibu kota.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjaja dan peniaga mahukan tempat yang selesa beserta kemudahan kepada mereka dan pengunjung.

“Sambil kita sibuk membangunkan gedung dan mercu tanda, usah kita sisihkan penjaja dan peniaga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, awal pagi tadi beliau hadir ke Pusat Penjaja Madani di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Jelas beliau, inisiatif itu merangkul kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bertujuan bagi memperindah serta memberi keselesaan kepada peniaga untuk mencari rezeki, selain menjadi antara lokasi tarikan pengunjung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI