fbpx

Bayi Orang Asli sakit radang paru-paru naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tengah) mendukung Syamirul ketika turun dari helikopter Unit Udara JBPM untuk menaiki ambulans ke Hospital Gua Musang, Gua Musang semalam. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi Orang Asli dari Pos Balar yang mengalami jangkitan kuman dan radang paru-paru untuk mendapatkan rawatan di hospital di sini semalam.

Kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Syamirul berusia setahun tujuh bulan ditemani ibunya Noraini Uda, 19, untuk menaiki pesawat jenis Agusta Westland (AW139).

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Akmaluddin Said berkata, penerbangan dijalan bermula 4.50 petang.

Katanya, kesemua lima anak kapal terlebih dahulu ke Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 5.51 petang untuk mengambil seorang petugas dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pesakit mengalami gejala demam, batuk dan selesema yang berlarutan selama tiga hari. Selain itu, pesakit juga bernafas dengan laju.

“Pesawat tiba di Pos Balar pada pukul 6.09 petang dan pesakit diberi bantuan pernafasan oleh anggota KKM yang bertugas sebelum dibawa menaiki helikopter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Akmaluddin memberitahu, cuaca berawan rendah, hujan dan tiupan angin laju semasa operasi menjadikan jarak penglihatan anak kapal terhad sebelum tiba di Balai Bomba Gua Musang pada pukul 6.26 petang.

Katanya, pesakit dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi penerbangan diketuai Penguasa Bomba Faridullahamin Mohd. Noh dan dibantu Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Akmaluddin Said bersama tiga lagi anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI