fbpx

Al-Hilal buru khidmat Romelu Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU hampir tidak mempunyai masa depan di Chelsea menyebabkan dia mungkin bersedia mempertimbangkan tawaran dari Al-Hilal. – AFP

LONDON – Penyerang buangan Chelsea, Romelu Lukaku dilaporkan menerima tawaran kontrak selama dua tahun bernilai £43 juta (RM249.46 juta) daripada kelab Al-Hilal yang beraksi di Liga Profesional Arab Saudi.

Sekiranya tawaran tersebut diterima, Lukaku bakal menjadi pemain berprofil tinggi terbaharu selepas Cristiano Ronaldo menyertai Al-Nassr, manakala Karim Benzema bersama Al-Ittihad.

Pemain antarabangsa Belgium itu yang menghabiskan musim lalu bersama Inter Milan dan membantu pasukan itu muncul naib juara Liga Juara-Juara akan kembali pulang ke Stamford Bridge selepas tempoh pinjamannya berakhir.

Lukaku dilaporkan telah bertemu dengan wakil Al-Hilal dan membincangkan potensi perpindahan tersebut pada Isnin lalu, namun bersedia untuk kekal di Eropah sekiranya menerima tawaran lebih baik.

Chelsea yang bakal dikemudi Mauricio Pochettino musim depan hampir pasti tidak menyenaraikan Lukaku dalam projek musim depan menyebabkan mereka bersedia untuk menjualnya pada harga £43 juta (RM249.46 juta).

Bagaimanapun, Al-Hilal agak keberatan untuk membayar nilai perpindahan berkenaan dan akan mengadakan rundingan bersama pemilik Chelsea, Todd Boehly untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI