fbpx

Wanita terkejut biras OKU ditemui tak bernyawa tepi katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita OKU lembam yang ditemui mati di rumahnya di Pekan Ayer Hitam, tengah hari tadi. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

JERLUN – Seorang wanita terkejut apabila menemui birasnya dalam keadaan sudah tidak bernyawa di tepi katil dalam bilik tidur sebuah rumah di Pekan Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Wanita terbabit, Ruhaina Radzali, 41, berkata, dia menemui mangsa, Nur Syahani Safarina Ibrahim, 42, ketika mahu menghantar makanan ke rumahnya kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Menurut Ruhaina, sebaik tiba di rumah itu, dia terkejut apabila suami mangsa berusia 38 tahun yang mengalami tekanan perasaan sejak setahun lalu memaklumkan bahawa isterinya sudah mati.

“Saya terkejut bila dia beritahu bini mana ada, dia mati dah sebelum saya terus masuk ke dalam rumah untuk mencarinya. Biras saya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam didapati sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan duduk sambil kepalanya berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Katanya, badan mangsa juga didapati sudah sejuk sebelum berlari keluar dan memaklumkan perkara tersebut kepada jiran yang lain.

“Setelah jiran-jiran tiba, saya maklumkan pula kepada klinik kesihatan berhampiran dan pemeriksaan mendapati Nur Syahani telah meninggal dunia,” ujarnya.

Katanya, ketika kejadian, suami mangsa duduk di meja depan rumah sambil seorang anaknya yang juga OKU autistik berusia sembilan tahun sedang makan nasi di meja sama.

Sementara itu katanya, lelaki terbabit mengalami tekanan mental kira-kira setahun lepas setelah berhenti kerja.

“Sebelum ini dia memang tak ada masalah tetapi selepas berhenti kerja, dia sering bercakap seorang diri sambil menjerit, namun dia tak pernah memarahi isterinya,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Pemeriksaan dijalankan termasuk oleh unit forensik mendapati tiada unsur jenayah, pergelutan mahu pun darah di lokasi kejadian. Selain itu keluarga wanita terbabit memaklumkan mangsa ada mengadu terasa penat pada semalam dan dia dikatakan menghidap penyakit semput selain kencing manis,” katanya.

Tambahnya, suami wanita itu turut dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI