fbpx

UMNO anjur Kongres Ekonomi Melayu tangani ketaksamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Kongres Ekonomi Melayu bakal dianjurkan sayap Pemuda dan Puteri UMNO sekali gus mendapatkan pelbagai idea baharu bagi mempertingkatkan ekonomi dan menangani ketaksamaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kongres tersebut merupakan satu manifestasi kepercayaan kepada pelapis kepimpinan muda sebagai bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

“Saya juga telah meminta Timbalan Presiden untuk memantau perkara ini. Daripada kongres ekonomi tersebut, saya berharap akan wujud sebuah resolusi untuk penambahbaikan pelan ekonomi yang menyeluruh.

“Kita mengharapkan pelbagai idea baharu dan di luar kotak bagi mempertingkatkan kekuatan ekonomi Melayu dan menangani ketaksamaan tersebut,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, resolusi dan pelan ekonomi ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan.

“Dengan suasana ekonomi baharu dan tidak menentu akibat perubahan iklim dan geo-politik dunia suatu persediaan lebih rapi yang bakal menjadi pencetus perubahan kepada peningkatan ekonomi Melayu dan negara.

“Pada masa sama ‘quick-wins’ untuk menangani ekonomi semasa juga perlu diambil kira agar pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dapat rekayasa untuk rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI