PETALING JAYA – Stres berpanjangan, pengambilan ubat-ubatan dan terlalu banyak duduk, antara punca kolestrol yang orang ramai tidak tahu.
Menurut perkongsian pakar kesihatan, Doktor Samhan di akaun Twitter miliknya, ramai yang tidak sedar, punca kolesterol bukan sahaja disebabkan pemakanan yang tidak sihat tetapi gaya hidup juga turut mempengaruhi.
Katanya, stress yang kronik boleh menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit termasuk kolesterol tinggi.
“Kajian menunjukkan, stres boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam badan dan mengurangkan kolesterol baik (HDL),” kongsinya.
Bukan itu sahaja, ramai yang tidak sedar, pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang, ubat tekanan darah tinggi dan antisawan juga boleh menjadi punca kolesterol tinggi dalam badan.
Bukan itu sahaja, duduk yang berpanjangan juga boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan antaranya kolesterol tinggi.
“Apabila anda duduk terlalu lama, enzim yang menukarkan kolesterol jahat kepada kolesterol baik akan bekurangan sebanyak 95 peratus,” katanya.
Perkongsian itu menjadi tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 41,700, 396 tanda suka dan 247 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE