fbpx

K2

Tempat kerja toksik pengaruhi mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masalah kesihatan mental pekerja tidak harus ditangani sebagai masalah peribadi, sebaliknya perlu dihadapi sebagai satu masalah organisasi yang mungkin berpunca daripada isu pengurusan organisasi, kemampanan kerja dan tingkah laku toksik di pejabat. – GAMBAR HIASAN

TENAGA kerja dalam jabatan sesebuah organisasi, pengurusan am dan pentadbiran memainkan peranan penting untuk kejayaan organisasi terbabit.

Bagaimanapun, timbul persoalan adakah pejabat kini merupakan tempat terbaik untuk para pekerja ini bekerja?

Sebelum ini, ketika orang ramai mula mempraktikkan bekerja dari rumah, ramai eksekutif bimbang produktiviti akan hilang.

Sebaliknya, ia terbukti tidak benar jika kejujuran dan etika kerja merupakan asas yang telah terbina teguh selama ini dalam sesebuah organisasi.

Bagi organisasi yang berteraskan kejujuran dan etika kebanyakan produktiviti pekerja mereka telah meningkat, sebahagiannya disebabkan oleh kadar pendigitalan yang dipercepat akibat pandemik.

Apabila syarikat bergerak ke tahap normal kini, mereka seterusnya mencari cara untuk mengekalkan keuntungan tersebut melalui model kerja hibrid baharu yang diupayakan oleh teknologi digital.

Terdapat perubahan keputusan yang perlu dibuat meliputi pertukaran kaedah bekerja, pusat perkhidmatan yang dikongsi, struktur organisasi dan pelaburan dalam pendigitalan.
Pandemik Covid-19 bagaimanapun turut dikatakan telah memburukkan lagi cabaran-cabaran besar korporat yang telah lama wujud terhadap kesejahteraan pekerja, khususnya kesihatan mental pekerja.

Ini telah menghasilkan laporan mengenai peningkatan kadar kebosanan yang tinggi dalam kalangan pekerja di seluruh dunia.

Kebanyakan majikan telah bertindak balas dengan membuat banyak penambahbaikan ke dalam aspek kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja berbanding sebelum ini.

Di seluruh dunia, majikan-majikan utama melaporkan bahawa kesihatan mental dan kesejahteraan adalah merupakan keutamaan bagi organisasi mereka.

Banyak syarikat kini menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti percutian sambil belajar, langganan aplikasi meditasi, hari kesejahteraan dan latihan tentang pengurusan masa dan produktiviti.

Biarpun usaha ini patut dipuji, kebanyakan majikan bagaimanapun hanya memberi tumpuan campur tangan mereka pada peringkat individu di mana mereka memulihkan gejala dan bukannya tindakan awal menyelesaikan punca keletihan pekerja.

Bekerja dari rumah terbukti tidak mendatangkan masalah asalkan kejujuran dan etika kerja merupakan asas yang terbina teguh dalam organisasi. – GAMBAR HIASAN

Dengan menggunakan jenis campur tangan sebegini ia boleh menyebabkan majikan menghabiskan nilai yang terlalu tinggi kerana kesan program dan faedah kesihatan para pekerja yang telah lama terjejas. Ini terjadi kerana para majikan selama ini memandang rendah persekitaran kritikal tempat kerja serta memandang sepi dalam aspek mengurangkan keletihan dan menyokong kesihatan mental atau kesejahteraan pekerja.

Kita sering mendengar mencegah itu lebih baik daripada mengubat, tetapi ini tidaklah seindah yang kita dengari.

Kebanyakan majikan tidak menggunakan pendekatan sistematik. Ramai yang mengalami peningkatan kadar pengurusan tekanan berikutan jangkaan mereka yang rendah dalam keletihan dan kesihatan mental pekerja.

Berdasarkan pelaburan, organisasi dilihat membayar harga yang tinggi disebabkan kegagalan menangani faktor kemurungan dan penurunan prestasi di tempat kerja yang sangat mempunyai kaitan tinggi dengan keletihan disebabkan faktor seperti tingkah laku toksik.

Banyak permasalahan dalam organisasi berpunca daripada kemurungan dan keletihan di tempat kerja dan perkara berkaitan dengannya. Ini boleh membawa kepada isu organisasi berkos tinggi untuk menanganinya.

Tahap ‘kadar pusing’ ganti pekerja tinggi yang belum pernah terjadi sebelumnya merupakan fenomena global yang kini digambarkan sebagai The Great Attrition yang menjadikan kos pengurusan kesihatan pekerja semakin lebih jelas.

Kos tersembunyi kepada majikan juga termasuk ketidakhadiran pekerja, penglibatan yang lebih rendah dan penurunan produktiviti.

Tempat kerja toksik, kemampanan kerja, pembangunan keupayaan, persekitaran pertumbuhan yang menyokong, kebebasan daripada stigma, komitmen organisasi, akauntabiliti kepimpinan dan akses kepada sumber merupakan faktor-faktor penting yang akan menentukan suasana tempat kerja. Ia berupaya mempengaruhi niat untuk berhenti kerja, penglibatan kerja, kepuasan kerja dan sokongan terhadap produktiviti organisasi.

Memang majikan dan para pekerja secara konsisten mengatakan kesihatan mental atau kesejahteraan dalam organisasi memberi kesan kepada pengurusan sesebuah organisasi.

Majikan dan pekerja sama-sama bersetuju yang suasana (dimensi) tempat kerja berkait rapat dengan pekerjaan, namun ia perlu dijadikan realiti bukan sekadar slogan.

Tingkah laku di tempat kerja toksik adalah merupakan penyumbang utama bagi prestasi majikan apabila semakin tinggi suasana toksik semakin sukar untuk mengurus pekerja.

Ini berlaku kerana kita sering menganggap kesihatan mental pekerja, kesejahteraan dan keletihan sebagai masalah peribadi.

Itulah sebabnya kebanyakan syarikat telah bertindak balas terhadap gejala dengan menawarkan sumber yang tertumpu kepada individu seperti program kesihatan.

Bagaimanapun, penemuan dalam tinjauan dan penyelidikan selepas pandemik mendapati jelas kebosanan dialami oleh individu dipengaruhi ketidakseimbangan pengurusan organisasi secara sistematik merentas permintaan pekerjaan dan sumber pekerjaan.

Jadi, majikan boleh dan harus melihat kadar kebosanan sebagai tanda amaran yang kuat bahawa organisasilah yang perlu menjalani perubahan sistematik yang bermakna.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI