fbpx

Seoul rai ulang tahun BTS ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG artis mewarnakan lukisan mural memaparkan wajah anggota BTS di Seoul, kelmarin. - AFP

SEOUL – Beberapa mercu tanda di sekitar bandar raya Seoul diterangi warna ungu ketika para peminat turun ke ibu kota Korea Selatan itu untuk meraikan kejayaan kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang membuat penampilan sulung sejak 10 tahun lalu, lapor agensi berita United Press International semalam.

Sambutan ulang tahun ke-10 BTS yang berlangsung selama dua minggu sehingga 25 Jun ini diadakan dengan kerjasama pihak berkuasa bandar raya Seoul dengan slogan ‘BTS Presents Everywhere’ atau ‘BTS ada di mana-mana’, kata syarikat hiburan Big Hit Music dalam satu kenyataan.

Ungu adalah warna rasmi kumpulan itu.

Justeru, beberapa lokasi di sekitar Seoul diterangi dengan warna ungu termasuk Dewan Bandaraya, Menara Namsan, Plaza Dongdaemun Design, Menara Lotte World dan jambatan yang merentasi Sungai Han.

Perkhidmatan pos Korea Selatan telah mengeluarkan setem peringatan manakala kerajaan Seoul mengeluarkan peta 13 lokasi berkaitan BTS di sekitar bandara raya itu semalam bagi menonjolkan lokasi penggambaran untuk video dan tempat yang sering dikunjungi oleh ahli-ahli kumpulan berkenaan.

Kumpulan yang dianggotai oleh tujuh pemuda itu secara rasminya memulakan kerjaya pada 13 Jun 2013 dan kini, BTS telah mencapai kerjaya cemerlang dalam industri K-Pop dengan mendominasi carta-carta lagu hit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI