fbpx

‘Saya akan beritahu anak kami sudah bercerai’ – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Syamsul Yusof bersedia untuk memaklumkan kepada dua anaknya bahawa dia dan bekas isteri, Puteri Sarah kini bukan lagi berstatus suami isteri.

KUALA LUMPUR – Selepas sah bercerai talak satu, pengarah sensasi Syamsul Yusof bersedia untuk memberitahu anak-anak mengenai status hubungannya dengan bekas isteri, Puteri Sarah.

Syamsul, 39, berkata rasa sayangnya terhadap anak-anak akan pernah tidak pudar walaupun sudah berpisah dengan bekas isterinya hari ini.

“Saya akan memberitahu kepada anak-anak dan tidak mungkin akan menipu mengenai status saya dengan Sarah.

“Biarpun sudah berpisah dengan Sarah, saya akan jelaskan bahawa kami berdua masih sayangkan mereka,” katanya selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Sebelum ini, Syamsul memberitahu bahawa dia melakukan perbincangan bersama Sarah secara tertutup.

Dalam perbincangan tersebut, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menjelaskan bahawa anak-anak menjadi punca utama dalam penyelesaian masalah rumah tangganya.

“Jadi, kami lihat mana yang terbaik untuk anak-anak. Saya tidak mahu beri kesan negatif terhadap anak-anak dengan perpisahan kami.

“Kami melihat mana yang baik sebab sebagai ibu, Sarah mesti tidak mahu anak-anak berjauhan dengan anak-anak,” jelasnya.

Dalam pada itu, ayah kepada dua anak itu turut menjelaskan proses untuk berjumpa Syaikhul dan Sumayyah menjadi lebih mudah dan tidak terikat selepas mencapai kata sepakat untuk berpisah.

“Bila-bila masa saya boleh berjumpa dengan anak-anak.

“Kami boleh berbincang pasal anak-anak walaupun hak penjagaan menjadi milik Sarah,” katanya lagi.

Hari ini, proses perceraian Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan baik selepas pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu melafaz talak satu berjumlah dua terhadap Puteri Sarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI