fbpx

Pemandu lori hilang kawalan, dua beradik maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta mangsa yang bertembung dengan lori tangki di Jalan Kuantan - Segamat berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir, malam semalam.

KUANTAN – Dua beradik maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki minyak di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dua mangsa terbabit, Siti Mazurah Zulkifli, 30, dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan, kira-kira 11 malam.

“Siasatan awal mendapati, lori yang membawa muatan bahan api petroleum dari arah Muadzam Shah menuju ke sebuah stesen minyak di Gambang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu lori telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan dan akibat kemalangan tersebut, kedua mangsa di dalam kereta berkenaan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Zahari, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kedua-dua mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI