fbpx

Mohd. Zaid minta Anwar bebaskan Najib untuk menang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kiri) Anwar, Najib dan Mohd. Zaid.

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, langkah tersebut juga adalah demi rakyat selain memastikan kemenangan dalam pilihan raya ini.

“PM (Perdana Menteri) anda perlu ubah fikiran berkenaan Najib, demi rakyat. Bebaskanlah beliau.

“Untuk pilihan raya ini, Madani perlu menang dan anda perlu menjadi PM untuk beberapa tahun lagi.

“UMNO lemah, hanya Najib akan bantu anda untuk menang,” katanya menerusi hantaran di Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zaid berkata, Najib sudah disabitkan bersalah, tetapi kes melibatkan RM42 juta adalah perkara kecil.

“Rasuah adalah perkara yang sudah berlalu dan di bawah kepimpinan anda yang tegas serta bersih.

“Tiada siapa boleh berkata yang anda seorang berlembut dalam hal rasuah sekiranya mengampuni Najib,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI