fbpx

Kanak-kanak bukan warganegara masih ada peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kanak-kanak berusia bawah 21 tahun yang dilahirkan sebagai bukan warganegara Malaysia masih mempunyai peluang untuk memohon kewarganegaraan secara pendaftaran.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan berkata, bagaimanapun, permohonan yang dikemukan ibu bapa kanak-kanak terbabit perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, ia selaras mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan dalam isu pendaftaran perkahwinan, kesahtarafan dan peraturan imigresen.

“Bagi isu kewarganegaraan yang sering menjadi perdebatan, JPN ingin menegaskan tidak semua individu yang dilahirkan di Malaysia boleh memperolehi status warganegara.

“Ini kerana kewarganegaraan di negara ini ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu bapa termasuk status perkahwinan yang sah berdaftar sewaktu kelahiran berlaku.

“Sekiranya anak yang dilahirkan tidak layak mendapat kewarganegaraan, ibu bapa kanak-kanak tersebut masih berpeluang untuk memohon di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, JPN menegaskan, kegagalan pasangan mengesahkan perkahwinan mengikut undang-undang akan menimbulkan masalah dokumentasi ketika mendaftarkan kelahiran anak.

Selain itu, kata JPN, pihaknya sentiasa komited dalam meningkatkan kesedaran awam berkaitan menguruskan hal-hal pendaftaran melibatkan perkahwinan serta dokumen pengenalan diri mengikut undag-undang.

“JPN juga melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) bergerak aktif ke setiap pelosok negara membantu proses dokumen pengenalan diri secara sah dan teratur.

“Inisiatif ini diambil bagi memastikan agar mereka memperoleh dokumen pengenalan diri sekali gus dapat menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan,” ujarnya.

Tambah JPN, masyaraka perlu mengetahui bahawa semua kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari.

“Ia supaya maklumat dapat direkodkan dan anak-anak itu mempunyai dokumen pengenalan diri meskipun sijil kelahiran tersebut berstatus bukan warganegara,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ribuan individu termasuk anak-anak tanpa kad pengenalan terpaksa hidup seperti pelarian ekoran ketiadaan dokumen bagi mendapatkan status warganegara walaupun dilahirkan di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI