fbpx

Jumpa Ira Kazar? Puteri Sarah kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH enggan memberikan komen sama ada dia sudi atau tidak untuk bertemu dengan Ira Kazar selepas sah bercerai hari ini.

KUALA LUMPUR – “Tiada komen.”

Demikian respons ringkas aktres Puteri Sarah Liyana, 38, sama ada dia sudi untuk bertemu dengan isteri kepada bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar selepas ini.

Puteri Sarah juga enggan mengulas lanjut mengenai kes saman hina mahkamah yang difailkan terhadap Ira sebelum ini.

“Mengenai kes (saman) dengan dia pun saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding perceraiannya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Sementara itu, peguam syarie mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, pihaknya masih belum berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi baharu kami akan usulkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan confidential (sulit,” ujarnya.

Hari ini, mahkamah memutuskan Syamsul dan Puteri Sarah disahkan bercerai selepas pengarah tersebut melafazkan cerai talak satu berjumlah dua terhadap isterinya.

Hakim juga mengesahkan dua lafaz cerai yang difailkan Puteri Sarah sebelum ini.

Sebelum ini, pada 25 Mei lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) memaklumkan ikatan perkahwinan Sarah dan Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan kerana berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada Januari tahun ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas krisis rumah tangganya sejak empat tahun lalu.

Selain itu, dia juga enggan dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah kini berusia empat tahun.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI