fbpx

Intan Serah berkelana ke Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN SERAH sudah terbang ke AS untuk menandatangani kontrak bersama New York Dutch Lions FC bagi melebarkan kariernya.

KETUA jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zoubi mengakui sangat berbangga dengan keputusan Intan Serah Anisah Zulgafli untuk melebarkan sayap ke Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat tawaran New York Dutch Lions FC.

Sebagai rekod, kelab New York Dutch Lions yang beraksi di kejohanan Liga Premier Bola Sepak Wanita (WPSL) telah mengesahkan kehadiran Intan Serah dalam satu hantaran di laman Instagram kelmarin.

“Saya sangat berbangga dengan Intan Serah. Fokus kami adalah untuk kekal profesional dalam memastikan barisan pemain muda negara dapat pendedahan yang cukup seperti yang dilakukan pada Sukan SEA lepas

“Ini adalah peluang keemasan buat Intan Serah kerana bukan mudah untuk mana-mana pemain mendapat pengalaman antarabangsa selain melalui sesi latihan kompetitif.

“Apa yang pasti, saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya dan harap dia dapat berikan yang terbaik dan sudah pasti dia layak untuk berada di sana (Amerika Syarikat),” kata pengendali import dari Jordan itu.

Difahamkan, Intan Serah yang baru berusia 24 tahun telah selamat berlepas ke New York semalam untuk menandatangani kontrak rasmi bersama kelab yang terkenal dengan jolokan Dutch Lions itu.

Sementara itu, menerusi kenyataan di laman sosial kelab itu, pasukan terbabit sangat teruja menanti kehadiran pemain skuad Malayan Tigress itu.

“(Sebelum ini) ada sedikit masalah kerana visa yang dia (Intan Serah) perlukan dari kedutaan sedikit tertangguh. Namun sekarang, itu semua telah diselesaikan dia boleh memulakan perjalanannya bersama kami.

“Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk memiliki anda Intan!,” kata kenyataan tersebut.

Beberapa pemain wanita kebangsaan sebelum ini turut pernah mencuba nasib di luar negara seperti Nurul Azurin Mazlan bermain di Liga India bersama Misaka United FC dan Celine Chuang yang menyertai skuad remaja kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI