fbpx

Gara-gara aktiviti larian, pelajar lelaki tingkatan 3 kena strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Gara-gara melakukan aktiviti larian dalam cuaca panas menyebabkan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Pekan mengalami strok haba.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu didapati tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh lebih empat kilometer.

“Pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pesakit telah mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi iaitu melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.

“Pesakit telah diberi rawatan hidrasi dan rawatan ‘supportive,'” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pesakit yang dirujuk ke Hospital Pekan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.

Beliau memberitahu pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA dan keadaan semakin stabil.

Sementara itu Nor Azimi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.

“Gunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan serta sentiasa mengawasi gejala keletihan dan strok haba.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI