fbpx

Cuaca buruk, misi terakhir carian Hawari ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertemuan ahli keluarga Muhammad Hawari bersama sherpa, Chatur Man (kanan) iaitu individu yang membantu Muhammad Hawari ke puncak Everest.

PUTRAJAYA – Misi kali terakhir menerusi carian udara bagi mengesan Muhammad Hawari belum boleh dilaksanakan susulan cuaca buruk yang dilaporkan ketika ini.

Operasi menggunakan helikopter itu sepatutnya dijalankan pada 7 Jun lalu, namun ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023), Azim Afif Ishak berkata, cuaca buruk itu menghalang penglihatan juruterbang helikopter menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersedia setiap masa untuk diterbangkan ke Lukla dan seterusnya memasuki kawasan pergunungan Everest jika cuaca baik.

“Semua kelengkapan operasi SAR sudah sedia di dalam helikopter dan hanya menunggu masa sesuai untuk berlepas seterusnya ke Kem Dua dan Kem Tiga.

“Kita cuba meneruskan operasi SAR hari ini dan berharap keadaan cuaca baik di kawasan pergunungan Everest bagi memudahkan helikopter mengadakan pencarian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya akan berusaha memenuhi permintaan ahli keluarga Muhammad Hawari dan akan mencari waktu yang sesuai mengadakan operasi SAR sebelum mereka berangkat pulang ke tanah air.

Pada masa sama, katanya, pihaknya turut dimaklumkan bahawa ‘Taufan ‘Biparjoy’ akan melanda India, Pakistan dan Nepal pada Jumaat dan berharap operasi ini dapat diadakan sebelum tarikh itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI