fbpx

Cadang bina lokap berpusat di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PADAWAN – bu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak akan mencadangkan kepada Bukit Aman untuk membina lokap berpusat di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata ia bagi mengelakkan berulangnya kejadian tahanan lolos dari lokap balai polis.

“Kita bercadang untuk menghantar permohonan kepada Bukit Aman bagi mengadakan lokap berpusat di Sarawak, dengan perintisnya di Kuching,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan operasi pencarian dua tahanan warga Indonesia yang lolos dari lokap Balai Polis Tapah, di sini hari ini.

Selain itu, Mohd. Azman berkata pihaknya juga bercadang untuk menambah baik semua balai polis di Sarawak.

“Saya sudah melawat semua balai dan kita akan menyediakan laporan khas mengenai keadaan dan persekitaran balai untuk ditambah baik,” katanya.

Sementara, Mohd Azman berkata pihaknya akan meminta Bukit Aman untuk mendapatkan bantuan daripada Indonesia bagi mengesan dua warganya itu.

Beliau berkata ia bagi menghadapi kemungkinan sekiranya kedua-dua suspek yang dikenali sebagai Kelvin, 21, dan Bony, 31, dari Jawa Timur berjaya meloloskan diri sehingga ke sempadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI