fbpx

Bekalan guru dipastikan cukup atasi jurang guru bersara awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada konvesyen tersebut di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memastikan bekalan guru mencukupi bagi mengurangi jumlah mereka yang bersara awal atau wajib di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kerjasama sentiasa dilakukan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan memastikan unjuran bekalan itu yang dibuat bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah cukup supaya kekurangan guru dapat diatasi dalam tempoh singkat.

“Kita dalam konteks persaraan itu ada yang wajib yang diteruskan ikut proses dan pilihan itu akan lihat dari segi alasan dengan kebanyakannya adalah disebabkan sakit.

“Di peringkat KPM adalah bagaimana intervensi-intervensi yang kita buat. Soal profesionalisme (guru) ini dalam memastikan mereka bersara ikut tempoh masa supaya dapat kurangkan isu berkaitan kekurangan guru,” katanya ketika merasmikan penutupan konvensyen Islam dan Melayu peringkat Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Menurut beliau, persaraan melibatkan guru-guru ini mempunyai dua faktor termasuk menarik iaitu mereka yang bersara kerana pilihan sendiri atau dipanggil ‘berehat’.

“Ini kerana kekuatan ekonomi sudah cukup yang dipanggil bersara dengan gembira. (Faktor menolak) salah satunya penguasaan teknologi dengan faktor lain sedang perhalusi kerana tidak mahu perbezaan terlalu banyak. Ada yang bersara kerana sakit kita tidak boleh ‘hold’,” jelasnya.

Sebelum ini, Fadhlina dalam jawapan lisan yang dipaparkan Parlimen memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara yang paling ramai memohon bersara awal berdasarkan rekod KPM sepanjang 2021 dan 2022.

Menurut Fadhlina, bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu (2,862), Bahasa Inggeris (1,146), Matematik (1,015), Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483). – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI