fbpx

Anak bunuh ibu sebelum simpan dalam beg pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senali Sen membunuh ibunya di sebuah apartmen di Bilekahali pada pagi kelmarin. - Foto Twitter

NEW DELHI – Seorang wanita berusia 35 tahun tiba di balai polis bandar Bengaluru, India bersama mayat ibunya yang disumbat di dalam sebuah bagasi, lapor laman berita Wion News semalam.

Insiden itu berlaku di kawasan Bilekahali pada pagi kelmarin manakala wanita berkenaan ditahan polis kerana didakwa membunuh ibunya.

Menurut laporan, wanita yang dikenali sebagai Senali Sen itu didakwa memberi ubat tidur kepada ibunya, Biva Pal sebelum mencekik mangsa hingga mati di apartmen NSR Green, yang merupakan tempat tinggal mereka dua beranak.

Pegawai polis berkata, hubungan antara Biva dengan keluarga mentua Senali adalah tegang yang membawa kepada pertengkaran kerap antara kedua-dua pihak.

Menurut siasatan, sebelum kejadian itu berlaku, Biva memberitahu anaknya tentang niatnya untuk membunuh diri dengan mengambil pil tidur kerana dakwaan dia diganggu oleh keluarga mentua suspek.

“Senali memberikan kira-kira 20 pil tidur kepada ibunya pada pagi Isnin. Selepas ibunya mengadu sakit perut akibat pengambilan pil itu, dia kemudian mati dicekik oleh anak perempuannya sendiri,” kata seorang pegawai kanan polis.

Selepas itu, Senali menyumbat mayat ibunya ke dalam bagasi dan meletakkan gambar mendiang bapanya sebelum mengambil teksi Uberke balai polis Mico Layout untuk menyerah diri.

“Mayat telah dibawa ke balai polis dan kes telah dibuka terhadap Senali di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan  bersama dengan seksyen lain,” kata kenyataan polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI